USAH KAU SANGKAL

Kaukasihkan daku, sayangku!

Kaukasihkan daku, usah kau sangkal!

Jangan dakwa, bagimu

cinta tak melintas fikiran

‘tau kalbumu ketandusan

cinta penyair pencinta

 

Lahirkan cinta, jangan malu!

Kerana ia bukan mungkar

tidak aib, malah

rasa hati suci

tidakkah Azizah mengisytihar

cintanya pada Kuthayyir?

Tidakkah Buthaynah

menjelas si tersembunyi

pada Jamel?

 

Usah kau sembunyi cinta

memang ketara

mata kami tak melindung

lahirkan cinta, kerana

betapa pun kaupendam

keharumannya kan semerbak.